Hari Ramah Mesra Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3, Putrajaya.
18 Januari 2015 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 buat kali pertama telah menjayakan Hari Ramah Mesra Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3. Majlis ini dianjurkan khusus kepada ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 serta komuniti presint 9 dan warga Putrajaya. Majlis ini telah diadakan pada 17 Januari 2015, Sabtu. Hari Ramah Mesra ini telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan diakhiri pada jam 3.00 petang. Majlis ini bertempat di perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 itu sendiri. Seramai 60 orang pengunjung yang terdiri daripada komuniti presint 9 Putrajaya telah menjayakan majlis ini. Majlis ini terbuka kepada semua pengunjung tanpa mengira usia.
Tujuan majlis Hari Ramah Mesra ini dijalankan ialah untuk mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 serta komuniti setempat. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung tanpa mengira usia. Matlamat Hari Ramah Mesra ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dengan komuniti setempat.Selain itu, ia dapat menarik minat penduduk setempat berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3. Dengan ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan tentang teknologi maklumat melalui Kelas ICT yang akan dijalankan dan bengkel keusahawanan yang akan dijalankan kepada komuniti setempat.
Objektif majlis Hari Ramah Mesra Pusat Internet 1 Malaysia ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dan fungsinya kepada komuniti setempat. Di samping itu, mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak pengurusan dengan komuniti setempat. Selain itu, dapat memberi pendedahan mengenai bengkel dan kelas yang akan diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan komuniti mengenai keusahawanan. Tambahan lagi, pihak pengurusan dapat menggalakkan komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan dan aktiviti yang dianjurkan sambil beriadah bersama keluarga pada Hari Ramah Mesra ini.
Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para pengunjung. Pihak pengurusan telah menyediakan sarapan pagi secara percuma khusus untuk para pengunjung. Pertandingan Teka Kacang telah diadakan serentak semasa waktu pendaftaran dijalankan. Kemudian diikuti oleh Senamrobik yang diketuai oleh adik Aliff Farhan bin Omar dan pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 yang diikuti oleh para pengunjung cilik. Setelah itumajlis diteruskan dengan program Klik Dengan Bijak. Program ini dikendalikan oleh pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3. tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan serta panduan dalam melayari laman web dan menggunakan kemudahan internet dengan cara yang betul.
Fokus utama ialah untuk memberi panduan bagi mengekang dan mencegah daripada berlakunya jenayah siber seperti kecurian identiti, penipuan email dan sebagainya.Selesainya program Klik Dengan Bijak, majlis diteruskan dengan Kuiz Genius Komputer. Kuiz ini terbahagi kepada 2 iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.Para peserta didedahkan dengan pelbagai kuiz yang menguji minda berkaitan dengan asas komputer dan keselamatan peggunaan internet. Seterusnya, majlis disambung dengan slot Inspirasi Usahawan. Tujuan Inspirasi Usahawan ini diadakan adalah untuk memberi dorongan dan bantuan kepada para pengunjung yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan. Dalam slot ini, para pengunjung telah didedahkan dengan asas membina perniagaan dan jenis-jenis bantuan yang telah disediakan khusus untuk bumiputera yang ingin memulakan perniagaan.
Inspirasi Ushawan ini telah dikendalikan oleh En.Salha Khaiessa bin Ahmad daripada Majlis Amanah Rakyat,MARA. Dalam pada masa yang sama, majlis ini dimeriahkan dengan Pertandingan Karaoke dan Cabutan Bertuah. Di akhir majlis Hari Ramah Mesra ini, pihak pengurusan telah menjalankan Pertandingan Gubahan Hantaran khusus untuk kaum hawa. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat kaum wanita dalam gubahan hantaran sekaligus ia dapat dijadikan pendapatan sampingan untuk mereka dan keluarga. Hari Ramah Mesra Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 diakhiri dengan majlis penutup dan sesi penyampaian hadiah kepada semua para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
GUBAHAN HANTARAN
INSPIRASI USAHAWAN